Pemerenggan
Pemerengganan penting dalam menyampaikan idea yang konkrit dan tersusun. Perenggan yang bermutu ialah perenggan yang mengandungi idea yang jelas, maklumat yang mencukupi dan rangkuman ayat yang gramatis dan mudah difahami. Selain itu, perenggan yang berkesan ialah perenggan yang dapat menjalankan tugasnya dengan baik.
Pemerenggan ialah usaha untuk menghasilkan komposisi sebuah karangan yang mantap melalui binaan perenggan-perenggan yang sempurna. Perenggan yang sempurna terhasil apabila struktur atau bahagian-bahagian yang lengkap dalam perenggan berjaya diwujudkan. Bahagian-bahagian itu berlainan antara perenggan pendahuluan, isi, penutup dan dialog.
Maksud Perenggan
Perenggan ialah binaan bahasa yang terhasil daripada sekumpulan perkataan yang membina pebagai jenis ayat untuk menyampaikan satu idea utama secara tuntas. Fowler, 1970, menyatakan perenggan ialah sebuah kotak kecil ayat-ayat yang membina bentuk dan pada masa yang sama juga berfungsi sebagai bahagian daripada keseluruhan penulisan.
Pemerenggan yang Berkesan
Pemerenggan yang berkesan ialah sesuatu wacana yang utuh dan berkesan dapat dilihat dari kesatuan perenggan. Unit asas perenggan adalah ayat. Untuk mewujudkan
kesatuan,
setiap
perenggan
mestilah
mengandungi
ayat
yang berkaitan,
iaitu
yang menyentuh
tema
atau
ayat topik.
Bagi membolehkan
perenggan
berfungsi mengikuti penulisan yang baik,
sesuatu
perenggan
itu
mestilah
jelas
dan
berstruktur. Komponen
utama
yang diperlukan
dalam
pembinaan
sesuatu
perenggan
ialah
ayat
topik
dan
pengembangannya.
Ayat topik biasanya
mengandungi
idea atau
fakta
terpenting
dalam
sesuatu
perenggan,
dan
idea itu
merupakan
perkara
yang hendak difokuskan. Bagi memperjelaskan
maklumat
atau
gagasan
yang terkandung
dalam
ayat topik,
pengembangan ayat
perlu
dilakukan,
sama
ada
dalam
bentuk
huraian
lanjut,
bahasan
perbincangan,
data atau
contoh.
Perenggan tidak perlu panjang supaya pembaca tidak merasa bosan ketika membaca penulisan tersebut,
tetapi perenggan juga
tidak
boleh
terlalu
pendek. Kumpulkan
perkara-perkara
dan
ayat-ayat
yang gramatis supaya
memudahkan
pembacaan.
Perenggan
yang panjang
biasanya
boleh
dibahagikan
menjadi
dua
atau
lebih.
Menurut
Ismail Ahmad (1992), Antara ciri-ciri
penulisan
yang baik
ialah jelas dan
terbaca
(keterbacaan), koherens, mudah dan
langsung, ringkas dan
padat serta kepelbagaian. Henry
Guntur Tarigan
(1985) pula merumuskan ciri
tulisan
yang baik
ialah mengambarkan
kemampuan
penulis
menggunakan
nada yang sesuai dan menggambarkan
kemampuan
penulis
menyusun
bahan
menjadi
satu secara keseluruhan
atau
wacana
yang utuh.
Selain itu, penulisan yang baik haruslah jujur. Penulis tidak boleh memalsukan idea ketika ingin menulis sesuatu penulisan. Penulis juga perlu menulis penulisan dengan jelas supaya tidak mengelirukan pembaca. Penulisan yang singkat juga merupakan penulisan yang baik kerana tidak membuang masa untuk membaca. Pembaca hanya perlu membaca isi penting dan sebab penulisan tersebut.
Jenis-jenis perenggan
Perenggan Utama
Perenggan dibahagikan kepada dua iaitu perenggan utama dan perenggan khusus. Berdasarkan fungsinya dalam karangan, struktur perenggan utama dapat dijeniskan kepada tiga bentuk iaitu perenggan pengenalan, perenggan pengembang dan perenggan penutup.
Perenggan pengenalan akan menentukan sama ada pembaca akan tertarik untuk membaca isi yang dihujahkan ataupun tidak. Di dalam perenggan pengenalan, ia mesti menyatakan gambaran tajuk karangan dan kenyataan penulis tentang tujuan penulis menulisnya. Manakala pengenalan yang lemah akan membuatkan pembaca merasa bosan dan di samping akan menunjukkan kegagalan seseorang penulis tersebut untuk mengarang.
Perenggan pengembang pula bertujuan untuk menjelaskan tajuk perbincangan yang sebelumnya telah dinyatakan dalam perenggan permulaan. Perenggan ini untuk mengemukakan soalan, memberi ilustrasi dan contoh. Perenggan pengembang ini akan menjelaskan hal yang akan dibicarakan pada perenggan berikutnya.
Perenggan pengembang perlu ada ciri-ciri seperti:
- ayat topik
- mengandungi bukti yang sahih
- mempunyai contoh
- deskripsi fizikal dan,
- pengalaman sendiri
Bagi perenggan penutup pula, ia berbeza dengan perenggan yang lain kerana fungsinya adalah untuk menyimpulkan buah fikiran dalam satu atau dua perenggan sahaja. Perenggan penutup ialah perenggan yang akan menyimpulkan semua bagi keseluruhan isi karangan.
Sebgai tambahan untuk pemerenggan yang berkesan ini, disini terdapat beberapa teknik menulis perenggan yang baik. Antaranya:
- Teknik penyenaraian
- Teknik percontohan
- Teknik perbandingan
- Teknik definisi
- Teknik pengelasan
- Teknik soalan
- Teknik kenyataan luar dugaan
- Teknik kontras masa
- Teknik penglibatan pembaca
- Teknik falsafah
- Teknik urutan waktu
- Teknik analogi
- Teknik penghuraian proses
- Teknik urutan ruang
- Teknik anekdot
- Teknik tiga kata bermakna
- Teknik analisis
Rujukan
Abu Hassan Abdul, PhD Abd. Rashid Md. Idris, PhD (2012), Seni Mengarang, Tanjung Malim, Perak. Pusat Pendidikan Luar, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Siti Hajar Abdul Aziz (2009), Bahasa Melayu II, Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Sulaiman Masri (2006), Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn.Bhd.
No comments:
Post a Comment